TUKANG BACA

Rabu, 20 April 2011

KAU BUATLAH. BUAT. BUAT

baiklah. daripada aku melayan anginku akibat facebook yang agak-agak gila itu. lebih baik aku melayan blog kusam yang berperasaan jiwang ini.

fuhh. tarik nafas. hembus nafas. tarik. hembus. tarik. hembus.

rasa okey sedikit. bagi orang yang tak sabar macam aku.
hilanglah sedikit amukan aku pada malam-malam buta.

hurm. mari sini aku nak cerita sedikit. kali ini pasal ayah aku.

ayah aku garang. dululah. sekarang aku rasa garangnya tidaklah segarang dulu. dah boleh dibuat main-main. heh. aku sahajalah kot yang berani mempermainkan ayah aku.

adik-adik aku jangan cakap. kalau berani kena kau sekali.
kalau berani lagi. kenalah kau dua kali.

dengan aku je la kot ayah aku lembut-lembut sedikit. almaklumlah seorang sahaja anak perempuan.
err. anak perempuan memang manja dengan ayah ke?

dulu. kalau ayah aku ajar mengaji. kami semua menikus. kalau lihat seorang kena marah. semua antara kami mula mengenang air mata. sayu la pula rasa. walaupun selalunya mengadu untuk orang itu (seorang daripada kami) kena marah.

biasalah tu. adat adik-beradik.

masa aku darjah enam. ayah aku ajar aku subjek matematik. memang aku gerun. tapi itu dululah.
sebab. dia akan sergah aku dengan segala macam tomahan yang menghiris hati. pedih! tapi tak adalah sampai menangis apabila ditomah dengan lidah tajam itu.

bila aku dah sedikit besar. ayah aku  ajar pula aku subjek fizik. masa ini bolehlah aku buat main-main. tak adelah rasa gerun macam dulu. err. mungkin sebab lidahnya sudah mula reti lembut kot.

tapi bila dia kata "berapa lama kau nak baca soalan? aku dah ajar kau banyak kali pun tak reti-reti?"

pergh. memang aku menangis berlagulah jawabnya.
haih. makin besar makin sensitif pula ya?

apabila dia marah dia akan kata "kau buatlah. buat. buat. kalau kau berani kau buatlah."
cara itu memang berkesan untuk aku dan seangkatannya. dan kami takkan berani nak buat.

tapi kalau diajukan kepada adik aku yang lahir zaman moden memang tidak berkesanlah.
bila ayah aku kata sebegitu. pasti dia lagi buat. jawabnya "dah abah suruh buat. aki buatlah."
(aki itu nama singkatan adik aku, ahmad anaqi.)

budak-budak sekarang memang betul-betul buta kiasan.

err.sebenarnya. cara itu pun selalu digunakan oleh aku. bila bertekak dengan adik aku yang mulutnya lazer yang amat. kalah azwan ali.

dia mula ambil buku aku dan mengacah untuk mengoyak.
lalu aku pun marah. "buatlah. buat. buat. kau buatlah. kalau kau berani kau buat." (tak ada perkataan lain agaknya. cuba kau kira ada berapa perkataan buat?)

apa lagi. buku aku pun dikoyaklah. menangis berlagulah aku sekali lagi.

macam mana ya nak kata?
hendak mendidik pun perlu ada transformasi.
bukan boleh ikut cara lama. cara lapuk. cara yang orang panggil basi.

haih. inilah hakikat. hendak mendidik manusia pun perlu mengikut peredaran zaman.

kerna. dunia memang akan berubah bersama waktu.

yang benar.
amii afandi.

8 ulasan:

L.I berkata...

hurmmm...aku rse kita ni adek beradek laaa..walahai aku gurau je

budak2 zaman sekarang ni manja....
aku dulu pi sekolah rendah nek basikal meredah hujan...
kalo mak aku nmpk adek meredah hujan sanggup pegi sekolah bagi payung...
haishh...
nak buat mcm mner...
masa aku sekolah rendah darjah 5...
adek aku umuq 4 tahun...x kan nak tinggalkan sorang2 semata2 nak bagi payung kat aku kan....
kesimpulannya,x sedar yn anak tu dah besar tapi still memanjaknnya agi...tabiat la tu haishh

Arpiiz berkata...

itulah namanya reverse psikology..
kesian buku kena koyak ye..hehehe

amii afandi berkata...

hahahaha.ape la. ==''

yosh! betul betul. budak-budakzaman sekarang memang manja bebenar. lepastu lawan cakap pula tu.

bila dah dimanjakan. semakin mengada-ngada la pulak dorang ni.

hehh. rasa macam tak puas hati lak. haha.

amii afandi berkata...

arpiiz : reverse psikologi! yosh. perkataan yang tepat.

heheh.itulah pasal. =.=''

Zalikha berkata...

hahaha..setuju2!! kanak2 skang manja.kalau dulu kite basuh kasut sendiri tapi skang kite tengok ayah kite yg basuhkan..=_=".cis,mcm dah takde tgn je diorg.tapi adik bidas dgn mengatakan:"abah yg volunteer nak buatkan!"

(=_=") ..................

setuju jugak bile ko kata generasi skang buta kiasan.haha.sememangnya.media kite pon terlalu straight.zaman skang mana org main pantun dah.semua nak cepat.semua nak komunikasi pakai blackberry ngan facebook je


hmmm....nampaknya buku2 parental guide kat kedai mcm dah tak guna kan?sbb budak2 dah berubah pemikirannya...

p/s:tetiba rasa takut nak kawen dan ada anak...hahaha.

amii afandi berkata...

zalikha : ya betul. sekarang kalau nak cakap dengan mereka semua kena straight2. mana boleh berkias-kias ni.

mereka tak main dah pantun-pantun. mereka main game je tau. hahaha.

p/s : cepat-cepatlah kahwin eh. hehehe.ajar anak kau main pantun shinjiro.

Zalikha berkata...

hahahaha...ko la kawen dulu.mana boleh langkah bendul kau.

boleh tak cakap mcm ni:"selagi tak jumpe orang mcm nissy (ngan muka dia sekali) termasuk perangai dia yg menghiburkan tu kite tak nak kawen".hahahahahaha

Zalikha berkata...

amii..nampaknya kena define balik maksud kiasan.haha