TUKANG BACA

Khamis, 14 April 2011

KENAPA MACAM PELIK?

ehem ehem. oleh sebab aku hanya ada sebulan sahaja lagi untuk bercengkerama dengan blogku yang kusam ini. ku gagahkan jua diriku untuk meneliti idea. dan mempersembahkannya kepada kau semua.

baiklah. mari sini aku nak cerita. kau nak dengar tak?
aku harap kau menelitilah tintaku ini ya.

err. sebenarnya. setiap kali aku menjelajah bersama emakku ke shopping complex. aku perasan sesuatu. emakku pasti teruja melihat penimbang berat. yang dikenakan charge 20 sen.


setiap kali emakku melihat penimbang berat itu. setiap kali itulah aku akan berdegus "arrrrrrggghhhhh". sambil membuat muka bosan nak mati. dan kebiasaannya emakku ini tidak menghiraukan apa jua kekangan yang berlaku. sama ada : 

1. tiada syiling 20 sen. pasti dia akan mencari sehingga ke lubang cacing.
2. kedudukan penimbang berat yang amat tidak strategik letaknya. kadang-kadang penimbang itu berada di tengah-tengah alam pun dia tak peduli. 

apabila sudah naik penimbang dan melihat berapa kilogram yang tentera. mulalah dia ngomel.
"alah. dah naik satu kg."

tak pun. "ohhoo. dah turun satu kg. mama nak aim sampai ..bla bla bla..(aku dah tak ingat targetnya).."

bila aku merungut. mulalah dia kata, "kau ingat badan kau akan kurus kering selama-lama ke? nanti baru kau tahu macammana kalau badan kau gemuk."

gulp. apa boleh buat. terlopong sajalah.

aku fikir. sejak dia menjadi stokis debella (litchin) tu. err. sila rujuk ENTRI INI. aku rasa penyakitnya yang satu ini akan lenyap. sebab terdapatnya penimbang yang mahal di rumah aku. tapi. haish. tidak hilang-hilang juga tabiat emakku itu. dia tetap teruja melihat mesin penimbang ajaib yang pada pandangan matanya bersinar-sinar bak minum innershine.

err. perempuan memang menilikberatkan berat badan eh?

kalau kau tanya aku. aku jawab entah.
sebab tubuh badanku kerempeng macam cicak kobeng.

okelah. itu cerita emak aku dan penimbang berat. 
ini ada lagi satu selingan yang ingin aku utarakan.

sebenarnya. setiap kali aku menemani sesiapa ke watson. guardian atau sekutu-sekutunya. aku akan terpinga-pinga. menjadi kaku dan terkebil-kebil keseorangan. melihat teman-temanku itu begitu teruja menelek barangan. 

err. satu persoalan yang muncul tatkala kekakuan aku itu. kenapa perempuan begitu teruja dengan barangan kecantikan?

mulalah aku membontoti mereka ke hulu ke hilir. semacam menjadi jurujual pula dah. melihat mereka menelek barangan ini. meneliti barangan itu. bisa menyebabkan aku jadi berpinar-pinar. timbullah soalan-soalan yang lazim terkeluar dari mulutku. 

"apa ini?"

"macam mana nak guna?"

"kenapa macam pelik?"

dan mulalah mereka terkebil-kebil melihat aku.

oh. barulah aku sedar.
aku sebenarnya kolot dan ketinggalan zaman dengan dunia kecantikan ini.

citt. hahahaha. ketawakanlah kebodohan sendiri.

p/s : plkn sudah memanggil aku. yosh! berusahalah amii.

yang benar.
amii afandi.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yoshh! Kite samelahh. Aku kalau teman org masuk guardian semuaa aku mesti cari peti sejuk. LOL. beli air. :P takpun aku cari aku punye solution lens. tu jelaah. *tibe tibe pulak aku gune yoshh. haha. QRA. malas nak sign in. :p

Nur Afifah Mohd Ghazali berkata...

lumrah alam la perempuan suka tgk2 barangan kecantikan , padahal tknk beli pun . hehe.

ami , best la lagu kat blog kau ni .

amii afandi berkata...

qura : ohohohoho. rupanya kauu. haha. tapi aku memang blur la kalau masuk tempat cenggini.

amii afandi berkata...

afifah : hehe. aku sebenarnya suka je tapi banyak benda yang pelik pelik.

haha. apahal lagu di blog aku ni menarik perhatian?

Zalikha berkata...

amii..blog yg ni menarik minat perempuan la! hahaha

takpe2.lps ni kite pegi watson akan ajak kamu! ehehe..bolehkah jadi penasihat barang2 *farmaseutikal* utk kamu?ehehehehe

satu nasihat:

jaga kecantikan dari dalam,pasti kecantikan itu akan terserap keluar.ehe..

p/s:*terserap? ahahaha..alamak..tak tau nak guna perkataan apa

amii afandi berkata...

hahahaaha. aku rasa kau mesti adalah kalau masuk watson. tak adelah aku terpinga-pinga.

jangan pelik kalau aku membuat muka pelik. sesungguhnya aku memang pelik dengan semua benda pelik itu. haish. kenapa macam pelik?

*banyaknya perkataan pelik ^^

Zalikha berkata...

*matluthfi!*

L.I berkata...

hahahaha...bagi aku gelak smapai habis dulu
ermmm....aku selaku laki segan plak nak cuba try test penimbang kat mall...hahahaha

amii afandi berkata...

narufiq : ceyh. gelaklah kau sampai puas. hahaha.

kau lelaki. memang la segan. hahaha