TUKANG BACA

Selasa, 26 April 2011

SILA HORMATLAH YA

baiklah. aku malas untuk mereka mukadimah sekarang ini. aku teruskan sahajalah ya memberi pendapat yang ingin diterjahkan.

erm. sebelum itu. aku nak tanya.
apa kau faham tentang hipokrit sebenarnya?

yalah. sebelum ni. kita asyik-asyik guna. "si polan tu hipokrit..si polan ni hipokrit." 

adakah kau akan cakap mereka yang dalam sekolah memakai tudung. namun di luar sekolah cabut tudung selama ini sebagai hipokrit?

dan. adakah kau akan cakap mereka yang dalam sekolah nampak macam baik. senyap. tak bergaul. namun di luar menjadi lain daripada apa yang kau fikir tu sebagai hipokrit?

meh aku cerita sedikit.

ada si A ini (nama dirahsiakan). berkata kepada sepupunya yang tidak menutup aurat, si B. (namanya turut dirahsiakan) . si B ini selalu menjadi mangsa bebelan kerana tidak menutup aurat oleh atuknya.

"alah. takpelah B. A pun datang rumah atuk pakai skirt pendek.  atuk tak boleh nak cakap apa dah. sebab. A nak tunjukkan diri A yang sebenar. tak payah nak hipokrit."

bagi kau kan.
adakah mereka yang tidak menunjukkan perangai sebenar mereka itu sebagai hipokrit?

err. bagi aku ini bukan masalah hipokrit ke tidak.
tapi hal ini adalah merujuk kepada sifat hormat. hormat kepada ahli keluarga kita sendiri.

merujuk kepada cerita aku di atas. aku rasa tak patutlah datang ke rumah orang tua pakai skirt pendek semata-mata nak menunjukkan diri kita yang sebenar.

kau bayangkanlah. betapa luluhnya hati seorang atuk yang melihat cucunya begitu. pedihnya hati ibu bapa melihat anaknya yang bagaikan tidak menghormati atuknya sendiri.

lebih baiklah kau berhipokrit daripada melihat atuk kau sendiri kecewa dengan kau.

manusia ini mempunyai banyak sisi. kadang-kadang kau tengok si polan itu sebegini. kadang-kadang kau tengok si polan ini sebegitu. jadi takkan ini pun dipanggil hipokrit?

kau tengok peristiwa kris dayanti itu. malas aku nak terangkan. KLIK SINI sahajalah bagi sesiapa yang tak tahu.

hahah. malangnya dia ni.
dari satu dunia tak tahu. dah boleh tahu.

kasihan.

bagi akulah.
mereka yang cakap lain buat lain.
dan. mereka yang main tikam-tikam dari belakang.
barulah dipanggil hipokrit.

yang benar.
amii afandi.

2 ulasan:

L.I berkata...

oh boleh juga di consider kan sebagai makhluk bertalam muka...dulu2 ingat remaja pompuan je alami this stuff...even lelaki pon leh terjebak sama...alahai dunia

amii afandi berkata...

memang makhluk yang bertalam dua muka pun. hehhh.

apa kau ingat perempuan je yang alami benda ni? cittt. hah.