TUKANG BACA

Isnin, 9 Mei 2011

TELEFON AJAIB BERBAJU MERAH (PART 1)

salam  sejahtera.

ehem. tak tersangka ya. tinggal seminggu lagi untukku berfoya-foya di rumah tercinta. fuh.
aku pasti akan merinduimu wahai rumah. wahai blog tersayang. wahai telefon ajaib. wahai tukang karut semua.

memori yang terindah selama lima bulan ini tidak akan selenang-lenangnya aku biarkan terbang. akan ku pahatkan kesemuanya ini di lubuk hati yang paling dalam.

okeylah. mukadimahnya ditutup. kita kembali kepada pangkal cerita.



cerita kali ini adalah mengenai telefon ajaib berbaju merah dan seorang tukang karutku. namanya aya sofia (bukan nama sebenar. dinamakan sebab terdapatnya masjid yang dinamakan dengan nama tersebut).

telefon ajaib berbaju merah ini memang ajaib. kau nak tahu sebab apa? ikutilah kronologi kes di bawah ini.

permulaan:
aku mula berhubung kembali dengan aya sofia. aya sofia ini rakan lamaku. memang lama. kawan semenjak sekolah tadika. ketika mula bermain nenek nenek si bongkok tiga.

kami ini kalau nak kata lost contact pun bukan. mungkin kerana sekolah lain-lain. ada masa kami contactlah. tiada masa kami tak contactlah.

bulan satu menjadi saksi pencantuman kembali  dua sahabat lama. melalui telefon ajaib berbaju merah menjadi perbualan random kami. daripada perkara yang sekecil nyamuk sehinggalah perkara yang sebesar gajah, semuanya kami tibai.

semakin lama semakin kerap.  boleh kata hari-hari. err. tapi memang hari-hari pun.  cakap berjam-jam. sampaikan emakku selalu mengamuk melihat bil telefon yang melambung. err. buat tak tahu sudah. hahah.

heh. sebenarnya  telefon ajaib berbaju merah yang tidak berapa ajaib ni boleh telefon rumah sahaja. nak tembus panggilan ke telefon bimbit tak boleh. dah disekat.

oleh itu. dengan aya sofia sahajalah aku berhubung.

p/s : maaf eh kawan-kawan yang lain. aku dah sebulan tak topup. nak call kau semua pun curi-curi guna telefon bimbit atuk. oh. atuk aku maju tau. ada telefon bimbit.

kes pertama :
ehem.  kes ini adalah kena mengena dengan ENTRI INI. sila merujuk ke entri tersebut.

sebelum berlakunya peristiwa itu. aku dan aya sofia ada berbicara dengan serius mengenai. ehem. *gulp.

angin terjah.

ya. angin terjah.

 perbualan yang serius antara kami memanglah agak jarang-jarang. sebab kebanyakannya. kami bercerita dengan gelak ketawa dan tidak serius. kadang-kadang tawaan kami mengambil masa 5 minit pun belum berhenti.

paling banyak mengenai ciri-ciri suami idaman. err. hahahaha.

perbualan mengenai angin terjah timbul apabila aya sofia mendengar perbualan orang tuanya.

ada suatu hari itu. dia berkata kepadaku, “tingkap dan juga sliding door rumah kita terhempas kuat. lepas itu, kita terasa macam ada pencuri masuk.”

selang beberapa hari kemudian. peristiwa aneh itu pun datang.

kes kedua :
sambungan kepada kes pertama.

pelbagai konklusi yang telah kami buat mengenai pencuri aneh itu:

1.     pencuri itu kelihatan seperti baru first time mencuri. tengok macam tak sempat je nak ambil barang-barang berharga yang lebih berharga. wahai pencuri. mengapalah kau ambil dompet gemukku?

2.     pencuri itu agaknya pelajar u atau budak-budak mentah yang berpelajaran. sebab barangan yang diambil kebanyakannya keperluan masa kini.

3.     mungkin juga  foreigner. Sebab kawasan rumah aku banyak orang negro.

“kita rasa. esok lusa mesti dia pulangkan beg sekolah adik kau tu.”

aku menjawab. “harap-haraplah. kalau macam tu pulanglah sekurang-kurangnya ic aku ke. lesen ke.”

rabu. 4 mac 2011

Mama berteriak. dari bawah “kak, kau tak tengok surat kau ke?”

aku turunlah dengan malas. alah. surat-surat tu biasalah. haih.

segera mengambil surat cinta di tangan mama. “surat apa?”

mama diam. aku teruslah buka. dengan tiada rasa.

eh? ada ic. ada lesen. ada juga kad dominos dan TAHA yang kedua-duanya sudah luput tarikhnya.

aku. mama. dan atuk  terpinga-pinga.

apa-apapun terima kasih pencuri yang baik hati =.=’’
agak-agak dia kasihan kot melihat wajah sememeh budak yang berumur 12 tahun di ic aku.

*tak tersangka pencuri sekarang pun mempunyai hati dan perasaan. wahai pencuri. kau membuatkan aku terharu.

kes ketiga :
aku rasa kes ketiga ini hanyalah kebetulan sahaja. dan agak-agak serius bunyinya.

sebelum ini, aku pernah bertanyakan aya sofia melalui telefon ajaib berbaju merah mengenai osama bin laden.

adakah dia adalah seorang yang baik ataupun jahat?
*inilah persoalan yang seringkali membuatkan aku pening-pening lalat.

aya sofia menjawab, “orang kata dia adalah propaganda amerika.”

dari perbualan mengenai osama. dibawa terus ke sadddam hussien.

tup tup. semenjak dua menjak ni. berita mengenai osama yang dikatakan meninggal dunia pun tentera dengan hebahnya.

semakin lama semakin pening. sudah tidak tahu ingin percaya mana satu.
sama seperti keadaan politik di malaysia. membuatkan aku keliru dan hanya menonton sahaja sinetron yang dilakukan.

akhirnya. aku dan aya sofia membuat keputusan untuk tidak menyokong atau membantah. cuma mendengar sahaja.

bersambung..



yang benar.

amii afandi.

6 ulasan:

Zalikha berkata...

tak tahu nape sedih bile baca blog ko sambil dgr lagu chewing gum especially part chorus:

"chewing gum,arigatou no imi you ni"
"chewing gum daijoubu to warau you ni"
"chewing gum aishiteru o suru mitai ni"

maksudnya:
"chewing gum,seolah2 kamu berkata terima kasih"

"chewing gum.seolah2 kamu kata It's ok dan tetap tersenyum"

"chewing gum,seolah2 kamu berkata I love you"

dan yg lagi sedih sedih part last ni:

Mayotte itemo ashita wa kanarazu kuru kara
Kitto miageta sora wa berii berii buruu

**walaupun saya tersesat,hari esok tetap akan datang,dan apabila saya memandang ke langit,langit tetap berwarna berry berry blue~♫♪

uish...gambatte ne amii! semoga berbahagia dlm kehidupan ko

p/s:err...kite baru baca perenggan pertama tetibe terasa nak tulis komen.tee hee

Zalikha berkata...

nak part 2!!!!!!

NaRuFiQ berkata...

aya sofia tu mcm nama anak ketiga aku je...hahahaha

amii afandi berkata...

zalikha : hehh. kenapa maksud lgu chewing gum ini menyayat hati?

oh ya.eika kata kenapa aku letak lagu sedih-sedih dalam blog aku ni?

apa yang harus dijawab?haha

tunggulah kemunculan part 2:)

amii afandi berkata...

narufiq : hahaha. siap dah plan ek nama anak ketiga? hahaha.

Zalikha berkata...

Mayotte itemo ashita wa kanarazu kuru kara
Kitto miageta sora wa berii berii buruu


ayat ni sesuai utk syafiq atas pengembaraan dia sebentar tadi.tee hee