TUKANG BACA

Selasa, 10 Mei 2011

TELEFON AJAIB BERBAJU MERAH (PART 2)

sambungan dari entri lepas.
ikutilah kembali kronologi kes mengenai telefon ajaib berbaju merah  bersama aya sofia:

*sebelum kau semua baca part kedua. baik kau baca part pertama. aku komfem kau akan pening-pening lalat memikirkan apa yang aku ingin ceritakan.

kes keempat :
tersebutlah kisah seorang makhluk Allah ini. cukuplah dikenali sebagai tanpa nama A (bukan nama sebenar).

tanpa nama A ini bolehlah dikatakan sebagai kenalan aya sofia. kira rapatlah kot dahulu.

hurm. atas sebab yang tidak beberapa jelas dan menjadi rahsia serta tidak bisa dihebohkan. hubungan mereka semakin lama menjadi renggang. nak dikatakan bergaduh tidak. hendak dikatakan baik pun tidak.

err. ini sebenarnya rahsia. jadi janganlah kau cuba-cuba untuk bocorkan pula.

untuk pengetahuan kau. acap kali jugalah kami bercerita mengenai tanpa nama A ini melalui telefon ajaib berbaju merah. dan seringkali juga dia muncul di kehidupan aya sofia. muncul secara tiba-tiba entah dari mana-mana.

ada suatu masa itu. terdetik di hati kecil aya sofia itu untuk meminta maaf. tanpa menangguh, dia memberitahuku mengenai hasrat hatinya itu.

seperti kebiasaannya dan sudah diduga. si tanpa nama A yang bukannya nama sebenar ini pun muncul dengan membawa kata-kata yang tidak jelas. seperti sengaja menimbulkan kemarahan.

namun kes ini telah selesai dan tiada apa yang perlu diceritakan.

*ada kena mengena dengan telefon berbaju merah ke? adalah kot.

kes kelima:
sama seperti kes keempat. makhluk Allah ini pula cukuplah dinamakan sebagai tanpa nama B (bukan juga nama sebenar).

tanpa nama B ini juga mempunyai hubungan yang sulit dengan aya sofia. ehh.
*apakah ayat ini?

cukuplah sekadar kau mengetahui mereka mempunyai hubungan yang sama seperti tanpa nama A (bukan nama sebenar tau).

atas sebab yang tidak beberapa jelas juga dan tidak munasabah. hubungan mereka ini menjadi renggang. seperti sebiji telur berada di hujung tanduk. hanya tunggu masa untuk bergolek jatuh dan bercerai seisi kulit dan isinya.

 aya sofia juga pernah terdetik di dalam hatinya untuk memohon maaf kepada si tanpa nama B. namun, belum sempat aya sofia ingin melaksanakan hasrat hatinya itu, si tanpa nama B memanjangkan sinetron ini dengan menghantar satu mesej.

“……………………………………………………………………………”
(lupa pula. kandungan mesejnya perlu dirahsiakanlah. =.=’’)

mesej yang diberikan oleh tanpa nama B itu bagaikan menyuruh aya sofia berhenti berhubung dengannya. Hal ini seterusnya menimbulkan kemarahan aya sofia. dan sebagai kawannya. aku turut marah. walaupun macam tiada kena mengena.

dengan berpura-pura bijak. aku katakana melalui telefon ajaib berbaju merah. “alah. kau tengok je nanti. mesti dia yang berhubung dengan kau. pegang je la kata-kata aku ni.”

tup tup. tak sampai beberapa  minggu si tanpa nama B itu berhubung kembali dengan aya sofia.

amboi. tak sangka telefon ajaib berbaju merah ini menjadi ajaib secara tiba-tiba. haha.

pengakhiran:
diikutkan sebenarnya banyak lagi kes yang aneh-aneh. tapi penat sudah tanganku yang bagaikan ranting kayu ini  nak menaip. lagipun kes itu kecil-kecil sahaja. dan tak adalah bisa membuatkan mulut aku dan kau terlopong selama lima minit seperti kes-kes di atas.

 dengar macam biasa. tapi sebagai manusia. aku memanglah teruja. dan sampai sekarang masih mencari-cari sama ada kebetulan ataupun takdir yang menentukan.

teringat aku suatu ayat dalam lelaki berkasut merah karya bahruddin bekri:

“hidup ini memang begini. ada sahaja perkara yang kita anggap sebagai kebetulan. tetapi kita sering lupa yang tuhan itu berkerja dalam rahsia.tidak ada kebetulan dalam hidup kerana semuanya itu adalah kerja tuhan.”

“tuhan akan sertakan kemudahan pada setiap kesukaran asalkan niat kita baik.”

*apasal aku asyik-asyik promot bahruddin bekri ni?

cakap siang pandang-pandang. cakap malam dengar-dengar.

yang benar.
amii afandi.

2 ulasan:

Zalikha berkata...

the best la ayat2 bahruddin bekri.seperti biasa...penceritaan ko lawak!!!! =_="

*tetibe lagu chewing gum pada hari ini kedengaran sgt ceria! tee hee

amii afandi berkata...

ayat BB memang terbaik. hehehe.