TUKANG BACA

Isnin, 22 Ogos 2011

LAKARAN OLEH SANG DIA YANG MEMBOSANKAN


sabtu lepas. memang. rasa teruja habis nak balik semenanjung.
huah. serasa macam baru semalam datang kuching dengan abah. naik flight atau dalam bahasa sarawaknya, belon untuk julung kalinya.

aku bawa dua beg.
satu beg sandang unimas. satu lagi beg pegang. dua-dua penuh. mampat. kembung.

barangan aku tiada yang masuk kargo. sebab abah hanya menempah tiket tanpa luggage. terpaksalah mengangkut semuanya bersama.

err. apa yang aku bawa ya?
kotak kek lapis dayang salhah dan ikan terubuk masin yang dibeli di pasar satok bukan main besar. nak diikutkan bukan banyak pun aku beli. kek lapis tiga buah. ikan terubuk masin empat ekor.

haih. nak bawa baju pun dah tak muat. bawa pun ala kadar sahaja. tiga empat helai. mana yang dapat masuk sumbat.

pergi airport dengan kawan aku, husna. ada seorang kakak usrah tolong hantarkan.

rasa nak naik sendiri itu memang cuak. dulu adalah abah yang tukang uruskan itu ini. sekarang. semuanya kena lakukan sendiri.

husna naik mas. aku naik air asia sahaja.
apa-apapun bersyukurlah sebab dapat balik. ye tak?

pergi kaunter terpinga-pinga. nasib baik tukang kaunter itu tolong aku. cara-cara check in yang seterusnya. kemudian. masuk ke dalam. cop dokumen perjalanan terhad. tunggu sementara nak masuk ke gate 2.

sambil menunggu itu sempatlah membaca tunas. karya hlovate. heh. aku tahu ramai yang dah baca. karya hlovate kan semuanya popular.

hampir-hampir berapa minit dan saat bording pass. aku masuklah gate 2. jumpa areen yang datang kemudiannya.

flight aku pukul 5.31. flight asreen pula pukul 6 tak silap.sempat kami berbual.

bual punya bual. pengumuman dah dibuat. dengan menyandang beg mampat. aku beratur.

sabar. mana-mana beratur hendaklah menunggu. tak kiralah dalam membeli makanan atau menaiki bas. err. dan juga ketika ingin membeli roti john di bazar ramadhan. istilahnya tetap sama sebab kena sabar dan menunggu.

bak kata orang. "menunggu itu suatu penyeksaan."

menunggu untuk naik ke flight pula senang membuatkan bahu aku rasa macam hendak tertanggal.

sudah.  tibalah sudah bahagian yang bisa menjadikan aku pusing.
bahagian yang selalu menimbulkan masalah dalam pemikiran.

err. bagaimana ya hendak mengangkat semua barangan ini ke bahagian atas flight?

sabar. aku masuk dan cari tempat duduk. 9c.

ternyata masalah yang seringkali aku fikirkan itu memang benar-benar menimbulkan masalah kepadaku. mula-mula hendak letak beg pegang pun aku gagal. beg itu terjatuh semula.

kali kedua nasibku baik. berjaya. sebab semasa aku mengangkat naik ke atas. ada suatu tangan menolongku. aku tak tahu tangan siapa. tapi yang jelas. bila aku toleh. aku lihat seorang budak lelaki tersenyum. kemudian berjalan kembali dengan selamba.

oh. aku  terlupa untuk mengucapkan terima kasih.
aku hanya pandang tanpa perasaan. sebab masalah aku belum lagi selesai.

semasa aku berfikir bagaimana cara hendak meletakkan beg unimas yang mampat. datang seorang lelaki. membuat muka yang bagai mengatakan tempat duduknya di sebelahku. oh. aku seakan memahami bingkas bangun sambil beg masih dipegang erat.

semasa dia hendak meletakkan barangannya. aku dengan keadaan terdesak berkata. "boleh tolong tak letakkan beg ni?"

tanpa meminta persetujuan. aku hulurkan beg unimas yang mampat itu padanya. mukanya macam terpinga-pinga. entah rela entah terpaksa. biarlah. aku terus duduk dengan selesa. haih. selesai sudah masalahku.

oh. kali kedua aku lupa mengucapkan terima kasih.

aku ini orangnya rumit sedikit. kalau dalam keadaan terdesak ataupun keterujaan melampau. baru aku berbicara dengan mereka yang lain jenis denganku. kalau di bawah sedar. jangan harap. budak kuliah aku pun aku agak tidak bercakap.

entah. memang aku macam ni. berat mulut. nak buat macam mana kan?
tapi kalau dah bercakap tu. tak reti-reti nak diam. kau bagi aku satu jam lebih pun mulut aku ni susah nak berhenti.

memang padanlah ada tahi lalat kecil di bawah bibir.
oh. setahu akulah. sesiapa yang ada tahi lalat di sekitar bibir memang orangnya kuat bercakap. hehe.

aku duduk diam-diam. pakai tali pinggang. sesekali dikerlingkan kepada orang sebelah. tengah baca majalah. heh. flight pula lambat terbang. ada masalah bagailah pula.

tunggu punya tunggu. akhirnya flight pun melepas. curi-curi pandang luar. nampak sipi-sipi sahaja awan biru.

memang tak syok kalau duduk di tepi jalanan. syok lagi duduk di tepi tingkap.

rasa tekanannya, aku terus tutup mata dan entah macam mana aku bisa terlelap.

************************************************

aku mengosok-gosok mata. masih dalam keadaan agak mamai.

sampai dalam keadaan sepenuhnya sedar. aku mengerling ke arah orang sebelah. lelaki yang tidak bercakap dengan muka tiada reaksi itulah. 

tiba-tiba. aku lihat dia mengambil majalah. berbekalkan sehelai kertas dan pensil mekanikal. dia mula melakar. mana dia dapat kertas dengan pensil itu pun aku tidak pasti. setahu aku dia duduk melenggang sahaja.

dia jadi sang pelukis. aku jadi sang pemerhati.
mula-mula hanya kerlingan sahaja. segan. takkanlah aku nak intai dia buat apa.

lama kelamaan dengan penuh rasa teruja, aku terus memerhati. kali ini tanpa intai-intai.

wah! memang. lukisannya agak lawa. yang bisa menimbulkan perasaan teruja pada naluriku.

err. dia tahu rasanya yang aku ini sibuk memerhatikannya. kadang-kadang aku rasa dia cuba menutup lakarannya dengan tangan. heh. mata aku tajam. kau tutup dengan tangan pun aku boleh lihat di celah-celah.

aku rasa aku telah membuat kerja gila. menatap lakarannya dengan sinar mata ghairah. teruja.

err. satu benda. sebenarnya inilah salah satu cara untuk menghilangkan rasa bosan yang teramat. serasa macam duduk di flight lama lagi nak sampai.

oh. itu adalah suatu perasaan yang tak sabar-sabar nak balik. perjalanan pertama biasanya kita rasa jauh. bila dah masuk perjalanan balik. kita akan rasa sekejap sahaja. betul tak?

apabila dia habis melukis. dia alihkan tangannya. bagai menyerah. dan menyuruh aku menatap lakaran tersebut. aku pun lihat dengan terkebil-kebil lukisan raksasa api itu. oh. lelaki memang suka lukis raksasa segala bagai.

adik aku, adli. dia suka lukis raksasa atau modified lakaran kereta konon-konon biar jadi berkuasa.

baru-baru ini dia terpilih memasuki pertandingan mereka kereta. tak silap hadiahnya RM 60 000. dan dia mendapat saguhati.

tak sangka. sekomeng-komeng lakaran adli itu boleh terpilih untuk masuk pertandingan sebegitu?

berhenti cerita pasal adli. sambung kembali mengenai lakaran lelaki tadi.

lakaran yang ini memang halus dan kemas. bahagian yang perlu dipekatkan, dipekatkan dengan teliti. bahagian yang perlu dilorekkan dilorekkan dengan berhati-hati.

beberapa minit kemudian. dia mengambil kertas itu dan menerbalikkannya.
duh. membuatkan aku terasa bosan kerana tiada apa yang aku boleh tatap.

dalam flight. dengan suasana suram.  aku jadi renyah. sekejap duduk tegakkan badan. sekejap mengendurkan badan. perangai keanak-anakkan aku memang terserlah.

orang sebelah ini memang seorang yang bosan. sebab sedikit pun tidak bersuara.

hampir sampai. wah teruja.  dalam hati. "semenanjung, aku datang! hehe."

flight sudah berhenti dan tiba masa untuk beredar.
sudah! masalah yang aku ingatkan sudah berakhir belum tiba di penghujungnya. apa lagi kalau bukan masalah nak mengangkut beg itulah.

dengan mengeluh. aku capai beg pegang dahulu. okey. selesai. sudah dalam posisi stabil.
kemudian. sebelum aku capai beg unimas yang mampat. sekilas. aku dan dia, orang sebelah berpandangan. beku. tiada riak.

mengeluh dua kali. aku ambil beg besar itu dengan segera. nasib baik tidak tergolek di belakang.

keluar. dan terus menelefon abah. "abah, akak dah sampai."

bila abah sampai. mulalah merengek macam budak kecil.
beg berat. bahu sakit. lapar.

mengada.
dasar anak manja.

yang benar.
amii afandi.

6 ulasan:

Melle Abadi berkata...

terima kasih :D

Hanim Irsyad berkata...

panjangnyee... hehee..

http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/editing-header-for-natasya.html

amii afandi berkata...

melle amir : sama-sama :D

amii afandi berkata...

hunnym syot : err. haha. terlebih menulis. ==''

L.I berkata...

aku suka lukis gambar lelaki rambut panjang ke depan...aku juga ada tahi lalat di sekitar bibir yakni di sebelah kiri bibir tetapi seorang yang kurang bercakap dan tidak mempunyai rambut si 'bibir' ....lalalalala~

amii afandi berkata...

lelaki berambut panjang ke depan. bak mari. aku nak usya lukisan kau. heheh.

tahi lalat aku di sekitar bibir pun sebelah kiri. adakh kau sebenarnya memang kurang bercakap atau menahan diri untuk berkata-kata?

aku suka rambut seperti si 'bibir' tapi aku tak suka si 'bibir'. lalalalala~