TUKANG BACA

Isnin, 5 Disember 2011

MENCARI DAN KEMBALI

sedang mulutku sedap berceloteh dan tidak mahu diam memberi komentar yang menyinga bersama teman kita yang lain. aku tidak perasan yang kau diam. duduk tepi di situ. tidak bersuara.

enak bersuara. sampaikan aku tidak perasan yang mungkin mulut celuparku itu telah mengguris hati kau. serius bukan aku sengaja.

bukan aku ingin bersikap radikal. bukan. cuma aku tidak reti nak berselindung. aku err. kadang-kadang apa yang aku utarakan selalunya hanya apa yang terlintas. dan suatu perkara yang aku laksanakan belum sempat untuk aku fikirkan.

kau faham kan?

tapi bukan bermaksud untuk memperkotak-katikkan apa yang kau genggam. jauh sekali menentang. juga membuatkan diri kau rasa seperti tidak dihormati.bukan. aku tidak pernah berniat sebegitu. maafkan aku kawan. 

setelah itu. aku lihat kau. cuba mencari. mencari dan mencari. 
membuatkan aku sendiri ingin mencari. 

kau mencari dan aku juga sedang mencari. masing-masing mencari apakah erti hidup ini.

dalam diam kau berfikir. dan mula mencari. mungkin kau tidak mahu membuat aku serba salah atas keceluparan yang tidak disengajakan. tapi aku tahu. dan aku senang kau mula mencari dan kembali.

sekali lagi aku nyatakan. kekhilafan yang telah aku lakukan aku benar-benar minta maaf.

teruskan perncarianmu. kembalilah kepada agamamu.
kerna aku juga akan terus mencari dan kembali kepada agamaku.

teruskan mencari. janganlah berhenti.
sekali kau berhenti aku takut kau tidak mula lagi untuk mencari.


yang benar,
amii afandi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice pic tu!!!! suka2.. :)

amii afandi berkata...

haha. tahniah kepada encik google :P

amii afandi berkata...

haha. tahniah kepada encik google :P

sugar2 kapas strawberry berkata...

kalau mahu mencari..renung dulu ape yang salah dan silap.cari dlm diri..
dan teruskan pencarian.nanti kamu pasti akan tersenyum.

*ape sy mengarut ni*

amii afandi berkata...

yang pasti. senyuman yang paling bermakna akan terukir :)