TUKANG BACA

Selasa, 24 Januari 2012

YEAH. CUTI CUTI CUTI! (PART 1)

kali ini cuti chinese new year memang best. cuti yang empat hari berlalu dengan begitu pantas. terasa nak je cuti lama-lama. hehe.

sabtu, 21 januari 2012

round-round kuching dengan nabihah dan jane. seperti biasa, encik ramli (aku panggil pakcik walaupun sepatutnya dipanggil abang. err. tapi aku rasa macam geli je nak panggil sedemikian rupa) mengambil kami. pakcik eh tak abang ramli memang selalu lambat. tapi biarkan ajalah. macam tak biasa.

orang kata, makin lama makin lali. nak marah kang dah memang beliau ada kerja. walaupun sebahagian daripada menghantar kami ini juga merupakan kerja beliau.

biarlah. marah-marah bisa menutup rezeki orang. macam mereka yang dok boikot makcik kafe. 
alasan yang diberi. harga makanan mahal. lauk tak selera. makanan basi dan cepat habis. dalam nasi goreng terjumpa ulat. selalu sakit perut.

bagi aku yang sudah biasa makan di situ, sampaikan aku rasa makcik dan abang penjaga kaunter yang dahulunya suka tersenyum manis berjaya menambat hati aku untuk tidak marah-marah pada kafe tersebut (namun sekarang, abang itu mungkin penat untuk tersenyum. muka letih tapi air mukanya tetap lembut) sudah mengenali kami yang makan di kafe itu.

bagi aku, benda ini benda biasa. manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang dimiliki. dah ada makanan tu, makan ajelah. ye tak? tak pernah pula aku rasa sakit perut ke apa ke. mungkin perut aku ni kebal sangat kot.

oh. aku rasa cerita ini sudah menyimpang. mari kita berpatah balik kepada kisah encik ramli.

encik ramli datang setelah 3 jam kami menunggu. kemudian, beliau menghantar kami ke riverside. jalan-jalan, menonton wayang, walaupun tujuan asalnya untuk menebus baucer di popular tun jugah. 

inilah dia tun jugah. berhadapan dengan tun jugah adalah sarawak plaza. jalan sedikit adalah riverside majestic. fuhh. banyak benar tempat shopping di kuching. 

tonton wayang cerita underworld. err. aku ni main ikut je. tak kisahlah tengok cerita apa pun. hehe. bestlah juga. pasal pontianak hybrid segala. 

selepas sudah menonton, tiba masanya untuk menebus baucer satu malaysia yang empat keping. masuk sahaja popular, fuh memang ramai orang. sudahlah pukul lapan malam, orangnya berduyun-duyun pula datang. penuh! sampaikan aku tak tahu nak beli apa. hanya dapat menebus dua helai baucer sahaja.

dekat sini, kedainya memang tutup awal. pukul sembilan malam memang sudah tiba masa untuk tutup dan berehat di rumah. berbeza dengan di kuala lumpur oh. makin malam, makin liat untuk kedai tutup. kadang-kadang, malam baru orang nak buka kedai. paginya baru mahu tutup.

biasalah. malam masih muda kan? 
aku tak tahu bila masanya malam jadi tua.

pukul sepuluh malam kami pulang. kolej seroja masih lenggang. biasalah. semua budak keluar merata di sekitar kuching. tidak sah kalau tidak terserempak dengan mereka semua. aku pun tak tahu pukul berapa mereka akan pulang. mungkin ada yang singgah tidur mana-mana kot. pandailah mereka.

ahad, 22 januari 2012

pagi-pagi dah bangun. sebab pukul sepuluh pagi kami nak bertolak untuk ke ranchan (taman rekreasi air terjun). mula-mula kami sudah merancang untuk ke santubong dan bermalam di sana. namun, pada saat-saat terakhir, enam daripada dua belas orang telah menarik diri.

alasannya yang balik banyak mereka beri adalah emak mereka tidak beri.

err, sebenarnya aku pun bukanlah mama bagi pergi sangat. aku cuma telefon setelah perancangan dibuat dan menyatakan yang esok aku akan ke santubong. hehe.

mama mula membebel. "hamboi, bukan main lagi. dah buat rancangan baru nak bagitau. bukan nak tanya boleh ke tak ke. terus je nak pergi. senang-senang mama kahwinkan kau, biar kau mintak izin kat suami kau."

biasalah. part-part nak bagitau ni memang aku malas. mama pun dah lali agaknya. hehe. nasib baik bila dah duduk jauh ni, mama dah terima yang aku ini sudah besar dan sudah berumur lapan belas tahun.

kadang-kadang aku rasa perhubungan aku dengan mama aneh sedikit. apabila mama membebel, ada saja mulut aku nak jawab. kalau dia tanya apa-apa, mesti aku cakap "haish, mana-mana je la." malas nak melayan. mungkin dah biasa dengar kot dialog tu dari abah. kadang-kadang aku pun sepakat dengan abah bila mama cerewet suruh pilih yang mana. 

mama selalu kata, "kau ni sama je dengan abah kau. tu lah mama malas nak bawa kau gi mana-mana. baik mama pergi shopping dengan aunty zah. kalau shopping dengan kau, mesti bila dah balik rumah, baju yang mama beli tak cantik."

cis. dah tu siapa suruh lambat sangat nak memilih. well, taste kami memang nampak sama, tapi sebenarnya tidak serupa.

benda-benda macam nilah yang buatkan aku rapat dengan mama. aku sebenarnya bukan reti nak bercerita apa-apa dengan mama. aku rasa ada je kawan aku masa zaman sekolah dahulu tidak senang bila aku berkomunikasi dengan mama macam ni. nampak macam agak kureng ajar sikit la kan, tapi nak buat macam mana. dengan mama aku memang begini. 

kau nak pertikaikan suka hati kau lah kan. tapi yang pasti aku sayang mama aku.

okay, mood menulis aku kali ini memang membuak-buak. sebelum ianya menjadi parah, kau lupakan sajalah pasal mama dan sambung kembali pembacaan kau pada rancangan untuk ke ranchan.

sudah enam orang tolak pelawaan itu, enam orang yang tinggal pula dengan seratus per cent terus menukar rancangan ke ranchan. nasib baik cukup satu kereta.

dalam pukul sepuluh setengah pagi, kereta viva hijau yang menawan meluncur meninggalkan unimas gemilang..  


bersambung...

yang benar,
amii afandi.

4 ulasan:

L.I berkata...

yang part nak kawen tu x boleh blah.....hahahaha mak cik kawenkan je budak ni....>_< biar suami dia nanti ikut dia gi mana2....

amii afandi berkata...

cis. sudah sudahlah cakap pasal kahwin ni. nanti terjebak pulak dah dengan arena percintaan. hahaha.

nanya suami aku karang aku suruh kehulu kehilir pergi mana-mana. hahah

Tanpa Nama berkata...

ape kes lately asyik pasal kawin jee? Haihhh hahahaa. best lah pegi air terjun. aku bnyak kali plan nak pegi kayak lah ape lah asyik tak jadi je. =___________________=

Qura

amii afandi berkata...

hahahahahaahah. dah mereka2 semua ini suka sangat menimbulkan hal yang eww eww~

best pergi air terjun. nanti bulan 6 ke 7 ke kumpullah duit. turun kuching. aku bawak kau ronda-ronda.