TUKANG BACA

Jumaat, 27 Januari 2012

YEAH. CUTI CUTI CUTI! (PART 2)

sambungan dari entri lepas...

ehem. lupa pula nak beritahu, mereka yang berenam ialah aku, zinnie, jane, nabihah, hajar dan syuhada. 

aku, zinnie dengan hajar memang satu kuliah. syuhada yang senang dipanggil syu pula kawan kepada hajar. lembut. tinggi pula tu orangnya. hehe. yang lagi dua orang tu, nabihah dengan jane, umph. tak payah cakap la. asal nak pergi mana-mana je mesti ada diaorang. haha.

syu si tukang pandu kereta. nak harapkan aku, huh, jangan harap. tak kan sampai punyalah. aku pun tidak mengerti mengapa payah untuk aku memandu kereta meskipun lesen L sudah ada pada tangan. mungkin ini dinamakan sebagai fobia kereta ataupun diri aku sendiri sudah berniat untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. citt.

sebelum sampai ke ranchan, kami singgah sebentar di desa ilmu lama. melantak bakso. yelah, perut kan tengah lapar.mestilah dipenuhkan perut yang kempis itu. mana larat nak jalan dengan perut kosong, berbunyi.

beli juga makanan dalam tin. roti. serta keropok sebagai sampingan dikala perut bernyanyi lagu anak itik tok wi.

anak itik tok wi, 
mandi dalam kolam, 
sakit apa tok wi,
sakit sendi tulang,
lalalalaaa~

err. kau sambunglah sendiri. tak kuasa aku nak habiskan lagu comel itu. 

perjalanan ke ranchan mengambil masa satu jam kalau tak silap. nak diikutkan ranchan tu bukanlah jauh sangat. area serian. eh, serian dekat juga kan dengan kuching? maaflah. aku ni kalau bab jalan mana, berapa jauh jangan ditanya. serius tak tahu dan tak dapat ingat.

sampai-sampai, pergi menyewa chalet. satu malam lapan puluh ringgit. chaletnya pula besar. ada dua bilik.

oh. nama chalet kami adalah ensebang. tak silap aku, ensebang ini adalah nama sungai di sarawak.

selepas solat zohor, kami bersiap-siap pula untuk mandi. rugi rasanya kalau dah sampai tapi tidak menjejakkan kaki ke dalam air tenang. dengan membawa segala keperluan dan juga err..makanan untuk mengisi perut (biasalah, bila dah mandi kan perut terasa lapar), kami turun dengan ceria ke sungai.

si jane dan nabihah menjadi sang pemandu pelancong. untunglah kan, orang yang dah pernah pergi.
mula-mula kami naik ke bahagian atas. guna jalan hutan. err. tiadalah hutan sangat. tapi terasa macam berjungle trekking pula dah. semata-mata mahu mencari tempat privasi untuk berseronok

phillomena jane, seorang anak jati sarawak memang cekap. lompat sana. lompat sini. aik, tiba-tiba saja dia dah sampai. kami yang dok mengejar tu tercungap-cungaplah jawabnya. sampai di sungai yang lihatnya tak adalah ramai sangat yang mandi, wahhh~ memang jernih. serius. sungai memang cantik.

apabila merendamkan kaki ke dalam air. fuh, terasa sejuk yang tak adalah sejuk sangat. suam-suam saja kot. aku rasa aku je yang dok berendam-rendam dan teruja tengok air. mereka semua berendam gitu-gitu ajalah. nak nak si jane. ujarnya sejuk. tercongok saja atas batu.

oh. mereka memang matang. sebab, ada orang kata kat aku, mereka yang matang ialah mereka yang hanya melihat dan menyentuh air di tepian.

"makanya jangan jadi seperti budak kecil"  =.=''

oh okay, aku tahu aku tidak matang. ceh. 

lepas bermandi-manda di bahagian atas, kami turun pula ke bawah, tempat air terjunnya. aku tak faham kenapa air terjunnya di bahagian bawah. bukan atas. tapi, menurut mereka yang arif dan berpengalaman, bahagian atas itu landai. bagaimana air mahu terjun? bahagian bawahnya pula ada tempat yang curam. jadi air senang untuk terjun mencurah-curah.

fuh, sekali tengok memang indah. tak pernah tengok air terjun seindah itu. dibina cantik semata-mata untuk menjadi taman rekreasi.

belas ihsan encik goggle. memang cantik ;) 
tapi, sayangnya kami tak adalah mandi sangat. sebab masa itu ramai orang. penuh.  

pada belah malam, kami ronda-ronda serian untuk mencari makanan.
aktiviti hari itu dihabiskan dengan bergolek  di atas tilam yang empuk.

p/s : apa yang aku paling respect ialah, taman rekreasi ini memang dijaga dengan baik. lagi-lagi dalam aspek kebersihan. cayalah.

yang benar,
amii afandi.

4 ulasan:

NaRuFiQ berkata...

macam aku je yg pernah cakap bende 'matang-matang' ni....=_=" kawen la cepat , baru la cepat matang

amii afandi berkata...

=_________=''

hang kalau tak cakap pasal kawen tak sah. haha.

syafiq ibrahim. cepatlah kahwin. dapat merasa aku nasi minyak kau.

Allya Riff berkata...

Ranchan best ! :D

amii afandi berkata...

memang best :)