TUKANG BACA

Sabtu, 18 Februari 2012

HARI DEMI HARI. MINGGU DEMI MINGGU

cuti break mid term telah bermula. hoh. kosong sudah agaknya kolej seroja ini. rata-rata mereka dengan muka gembira berterbangan di udara. bermain bersama awan putih. tinggallah cuma aku dan beberapa mereka yang lain tidak dipilih untuk berbuat begitu. hanya menjadi penunggu di sini sahajalah selama seminggu.


okaylah. kita bermula dengan hari isnin yang seringkali bermuka keruh. kau semua tak suka hari isnin kan? tapi aku lain. semester ni aku suka hari isnin, sebab kelas aku hanya ada satu sahaja. oh itu pun kalau tak ada lab kimia . hehe.

*****************

isnin, 13 feb 2012

memang hari isnin pada minggu ini bermuka keruh. keruh yang amat pula. sebab exam mid term telah bermula. choy, bermula dengan paper matematik segala pula. 




sebelum peperiksaan, biasalah. ada desas desus sana sini. dengar kata yang peperiksaan matematik kali ini memang susah. betul ke susah? semua orang cuak. tengah cuak semua kelam kabut. sabtu ahad study matematik sahajalah. tak sempat sentuh yang lain.


ternyata benarlah desas desus itu. lepas jawab, meleleh air mata.ditambah pula dengan sendu-senduan meratapi pengkhianatan yang dilakukan oleh matematik. tak tersangka matematik menikam dari belakang. sakit! 

"maafkan saya miss farah yang comel lote lagi kiut miut. soalan math ternyata amat susah. teramat-amat susah. boleh kata dalam duabelas soalan itu, satu soalan je yang saya boleh jawab penuh. yang lain terlompang sini. terlompang sana. silalah mengasihani kami. sesungguhnya bukan kami tidak tahu dengan apa yang diajarkan tetapi kami memang tidak mengerti mengapa soalan yang diberikan bersimpang siur seperti jalan kehidupan yang penuh liku." 

ini encik ahmad alif. lecture IT kami (fizikal 1) perangkap lecture matematik fizikal 3.

rata-rata dari mereka mengatakan bahawa,

"ini adalah kegagalan yang bermaruah."

"kegagalan beramai-ramai lebih baik daripada gagal berseorangan." 

banyak la korang. =.=''

selasa, 14 feb 2012

pagi-pagi lagi, mr dhana jay yang hensem (err, kat kelas dia selalu perasan yang dia hensem) sudah mengamuk. sebab ramai yang skip kelas dan datang lambat. almaklumlah semuanya last minute punya orang. 

eh sekejap. tapi ada satu sebab yang menyebabkan beliau mengamuk sakan. sebabnya, erm..

"saya dapati ada enam orang meniru dalam exam math semalam! saya kan jaga kelas awak, jangan ingat saya tak tahu. bla bla bla bla bla bla.....ilmu yang awak dapat tu tak berkat. malu saya. sudahlah saya ajar kimia kelas awak, yang paling malu semalu-malunya semestinya lecture math awak!" -mr dhana jay. (lebih kurang begitu)

wow, enam orang. ramai tu!
entahlah. pelajar meniru dan menipu. lumrah kot. masa sekolah dulu lagilah. kalau objektif, nak tanya jawapan senang. dahi bermaksud jawapannya A, tunjuk pada hidung pula B, mulut pula C dan berikutnya adalah dagu, D.

eh aku tak buat tau benda-benda alah ni. aku kan baik.

kerana takut dengan markah rendah, berani meniru. kerana takut tidak lepas, berani menipu. 
ini kes belajar demi diri atau orang lain? 

ah lupakan. biarkan dengan mereka. biar jadi bodoh terang benderang daripada terpaksa menipu untuk menjadi pandai. 


kita sambung  pada cerita yang berikutnya. 

akibat daripada frust yang melanda diri, study kimia sampai tak tenang jiwa. dan raga. lantaklah kau empatbelas februari ke apa, asalkan matapelajaran yang namanya kimia aku habis baca.

oh ya. pesanan khas untuk jane, "bila kau nak bagi aku coklat? ngeee. haha."

alhamdullilah. ternyata paper kimia agak senang la juga. senang bukan bermakna senang sangat tapi macam peperiksaan yang kau seringkali lalui.

rabu, 15 feb 2012

hari ini tiada exam. break sehari sebab ada prs. hoho. yang menggembirakan, dari pagi sampai petang tiada kelas. tapi. err ada tapinya. walaupun bunyi macam menggembirakan, mana sempat oh nak sentuh fizik tersayang. semuanya gara-gara lab report fizik yang kena hantar esok. 

oh. masa nak exam, masa tulah kerja belambak muncul.

khamis, 16 feb 2012

paper fizik kembali menampakkan diri yang gagah perkasa. tiada segan tiada malu. menggerunkan setiap yang mata yang melihat. nafas ditarik pelan-pelan. jiwa ditenangkan.

nasib baik soalannya agak okay walaupun keliru sedikit. favourite subjek aku masa asasi ini sememangnya fizik (err.tolak IT sekejap).  lagi-lagi semester dua. penuh dengan arus, penuh dengan rintangan.

err, matapelajaran fizik agak unik. sebab dalam fizik, ada pressure. dalam fizik juga, ada tension. ada juga perkara yang dipanggil stress. jangan lupa  force ada  ya.


pressure = tension = stress = force = TEKANAN?

hahah. silalah enjoy belajar fizik.

oh ya. ingatkan dah bebas dan boleh berseronok. tapi err. assignment matematik pula menepekkan muka. esok pula tu kena hantar.

jumaat, 17 feb 2012

exam yang paling "susah" harus ditempuhi oleh pelajar asasi. iaitu exam BI. nak tahu kena buat apa? pergi ke kampus barat dan tengok debate. huiishhh susah gila.

syarat untuk lulus senang. siapa yang tak datang terus dapat D.
-.-''

                                                         ********************

itulah kronologi-kronologi yang berlaku pada musim exam kali ini. huah. nampaknya cuti kena study matematik untuk reseat paper. ye ye oh je dah tau kena reseat kan?

selamatlah melayan cerita bosan ni.

yang benar,
amii afandi.

6 ulasan:

L.I berkata...

senang giler test Bi ko =_=" . yang paling x boleh tahan part kegagalan beramai-ramai tu...siyes aku pon terfikir mcm tu gak time trial spm...hahaha

amii afandi berkata...

nasib baik test bi aku macam tu je. tidak tu nak dapat b pun susah ==''

hahaha. betul apa. gagal beramai-ramai lebih baik dari gagal berseorangan.

husna nadiah berkata...

haha.. but best memory.. satu mggu yang sangat padat.. mengajar kita bagaimana kita menguruskan masa.. masa ni la bnyak pertolongan sahabat.. thanks miera bnyak tlg sy =)

Nadilla Jamil berkata...

study betul2 ,.. jangan berendot je. love you

amii afandi berkata...

husna: no problem la. awak kan demam. mana nak study dengan siaplan lab lagi --''

amii afandi berkata...

nadilla jamil : =________=''