TUKANG BACA

Ahad, 24 Jun 2012

KELUARGA KITA BIGOR KE?

oh maaflah ya. aku selalu sahaja menekan 'new post' untuk kembali menulis. err, namun tidak terdaya. banyak sangat yang aku ingin tuliskan tetapi hasrat untuk menulis itu tiba-tiba dimatikan dengan godaan 'running man' yang kerap bermain-main di kepala. ya. aku rasa penyakit gila meroyan terhadap song joong ki sudah tiba. apabila joong ki sudah tiada, penyakit itu segera merebak pula kepada si comel haHa.  

eh, selain daripada berfoya-foya dengan running man, adalah juga aku bertelagah dengan si klon-rosnah-mat-aris (kehkehkeh, panggilan kepada kakak sepupu aku, kakak pin). memang macam itulah apabila aku berjumpa dengan dia. kalau jarang berjumpa pun, banyaklah serangan di wall facebook masing-masing. oh, aku memanggilnya dengan gelaran rosnah mat aris kerana ada ke patut, dia mengejek aku dengan berkata yang aku adalah salah satu ahli kumpulan 24/7 (k-pop malaysia yang eww eww)? nah, kena balik serangan balas!

oh, hai si klon-rosnah-mat-aris. jangan marah ya :P

tiga minggu lepas, seorang kakak sepupu aku berkahwin. dengan bertungkus lumusnya tiga hari tiga malam kami menolong apa yang patut. masukkan makanan ke dalam beg kecil, mencucuk-cucuk bunga telur, dan yang paling tidak tahan, mencari daun pandan dan bunga-bunga untuk buat bunga rampai.

oh, begini ceritanya. pada pagi jumaat yang mulia, kak azrin (senang cerita, watak-watak dalam entri ini semuanya keluarga aku. bukan keluarga kau atau seangkatan dengannya) menyuruh aku dengan atika mencari daun pandan. namun, apabila sudah sibuk menyiapkan baju saqinah yang tak siap-siap jahitan maniknya ditangan, lihat-lihat sudah pukul dua petang. kak azrin dan along zila sudah memberi pandangan maut kepada kami berdua untuk segera mencari barang-barang itu. mahu tidak mahu, terpaksalah atika yang tiada lesen memandu apatah lagi menunggang, menunggang motosikal dan aku menjadi pemboncengnya.

yang payahnya, kami terpaksa mencari di kawasan perumahan yang dimana pokok bunga terselit-selit di dalam kawasan rumah. hal ini amat menyukarkan kami untuk memetik begitu sahaja. daun pandan agak senang dicari di tepi rumah entah-siapa-pun-aku-tidak-mengetahui. setelah beberapa kali memulas daun pandan tetapi tidak berjaya, atika segera pulang kembali ke rumahnya untuk mengambil pisau meninggalkan aku berseorangan melanguk melihat daun pandan yang nahas akan dikerjakan. nasib baik tidak jauh, kerana beberapa minit kemudiannya atika datang dengan pisau belati yang tajam. nahas kau daun pandan!

setelah misi pertama selesai, misi mencari bunga-bunga harum pun bermula. pusing dan pusing akhirnya berjumpa dengan mangsa pertama : bunga kertas merah di kawasan rumah seorang cina tua. ingat mahu curi-curi petik tapi niat jahat itu terhenti apabila cina tua itu keluar dari rumahnya. gulp. muka yang terbakar sedia terpercik manik-manik jernih yang mengalir. terus atika meminta izin dengan baik dan aku hanya tunduk mendiamkan diri.

setelah memetik beberapa helai, kami pun meneruskan penjelajahan mencari bunga dan inai. oh, tiba-tiba ada makcik yang membuat permintaan untuk kami mencari daun inai. mana nak dapat? terpaksalah kami meminta izin lagi di rumah seorang melayu untuk mengambil sedikit pokok inainya. itu tidak termasuk lagi pengalaman meminta izin di rumah seorang lagi cina tua semata-mata untuk mengambil sedikit bunga kertas yang mekar merah di luar rumah. terpaksalah pula kami meredah reban-reban ayam dan itik termasuk burung untuk berjumpa dengan tuan rumah. nasib baik ramah dan baik. reda sedikit hati ini.

bunga-bunga di tepi jalan yang kami jumpa, semuanya kami kutip. termasuklah bunga kuning (aku tak tahu namanya apa) yang dahulunya aku selalu guna untuk bermain masak-masak. apabila tiba di rumah atuk kepada atika, sekali lagi aku ditinggalkan seorang diri di tepi jalan kerana atika mahu menghantar nenek saudaranya ke rumahnya. terpaksalah aku melanguk seorang diri di bawah cahaya matahari yang panas terik sambil memerhatikan jalan dengan perasaan sedih. sempat juga aku berkata kepada atika, "jangan sampai kau lupa ambil aku balik sudah!"

apabila kesemua bahan yang dipesan sudah dikutip dengan jayanya, pulang dengan perasaan yang gembira. namun tidak lama apabila dikritik oleh atuk, "bunga-bunga apa yang kauorang ambil ni? tak wangi." 

hai, dalam hati dah merungut. macam-macam. tapi cuma jawab, "dah tak de bunga lain. bunga itu je la yang ada. okaylah tu." haha. macam memujuk hati sendiri.

apa-apapun, selamat pengantin baru along zila dan zaidi. tak sangka masa kenduri kahwin tu, si-klon rosnah-mat-aris mencemar duli dengan mendendangkan lagu 'kopi dangdut' bersama mak nini. haha. mana boleh lupa apabila semua orang ketawa melihat gelagat mereka. nasib baik tidak ditarik sama. fuhh.

oh, seminggu selepas itu pula adalah pertunangan kaklong emi. seperti biasa majlis pertunangan yang sama seperti yang pernah kau lihat atau alami. cuma disini aku masih teringat lagi pertanyaan mak long kepada kakak pin di dalam kereta semasa kami pergi mengambilnya. "macam mana dengan orangnya, pin? bigor macam kita-kita ke?"

"hahahahahaa, keluarga kita ni bigor ke?" bagi yang tak tahu, bigor tu bengong atau gila-gila.

mak long menjawab, "hah, maksud mak long, orangnya diam ke tidak kisah macam kita-kita ni hah? kita semua kan suka cakap lepas je.."

 yang pastinya, bila difikir-fikir kembali, aku turut merasakan yang keluarga aku ini betul-betul bigor. dan juga sangat lawak.

sumber : google
dulu aku tidak faham kenapa perlu melukis matahari ketika melukis gambar sebuah keluarga. 
tetapi sekarang baru aku faham. matahari tandanya gembira :)

2 ulasan:

L.I berkata...

haaaaaaaaaaa! ko tengok lelaki berlari....oh god why~ sorang lagi terpengaruh =_="

amii afandi berkata...

HAHAHAHA. comel apa. lawak gila kot.
kau tak tengok ke?