TUKANG BACA

Khamis, 19 Julai 2012

KETAWA ITU SERONOK MUNGKIN

assalamualaikum.

hari ini mati-mati aku ingat hari rabu. rupa-rupanya sudah hari khamis. haha. mana tidaknya, hari-hari aku buat perkara yang sama. bangun. layan running man. masak. layan drama jepun. main game. tengok tv. malam-malam layan cerita korea. akhir sekali, tidur. itu yang aku buat hari-hari.

oh, bercerita soal tidur, sebenarnya baru aku sedar yang aku ni kuat tidur sejak dari asasi dulu. diantara kami semua, akulah orang yang paling cepat tidur. balik kelas, tidur. dalam kereta pun tidur. haih, senang cerita asal baring atas katil pun terus tidurlah. jarang aku rasa aku susah mahu tidur.

sebenarnya, aku buntu apabila sudah lama tidak menaip. bukan minat untuk menaip itu sudah berkurangan, tetapi tiba-tiba sahaja ada perkara yang lebih menyeronokkan untuk dibuat. hehe. kawan aku pernah berkata bahawa aku ini seseorang yang apabila tiba kepada perkara yang memberi keseronokkan, terus tinggalkan perkara lain dan pergi kepada perkara yang menyeronokkan itu. apabila muncul pernyataan seperti ini, lantas wujud suatu persoalan dalam fikiran. "adakah aku adalah seseorang yang mementingkan keseronokkan (?)"

oh, nampaknya persoalan itu perlulah aku cari dalam diri aku sendiri.

hurm, sekejap.

tiba-tiba terfikir. ada betulnya pernyataan itu. aku seorang yang suka ketawa. aku tidak tahu mengapa, tapi memang. aku seorang yang suka ketawa. apabila suka ketawa, semestinya aku seorang yang menyukai keseronokkan. err, macam baca lawak kampus. dan juga macam tengok drama jepun yang aneh-aneh. kadang-kadang dengan hanya online sahaja aku tersenyum meleret-leret. roomate aku pun sampai naik pening dengan perangai aku.

nabihah, roomate aku itu kami panggil dia sebagai seorang yang tiada 'sense of humor'. dia baca lawak kampus sehelai dua, dia letak tepi. dia kata tak faham. apabila aku gelak gila-gila, dia hanya terkebil-kebil. nasib baik dia sekaki la juga bila layan drama-drama jepun. haha.

cakap pasal benda-benda yang seronok, rindu pula pada funfair dekat desa ilmu sana. permainan yang paling menyeronokkan mestilah 'bumper car'. kalau tidak dihalang, entah berapa banyak duit yang aku melabur semata-mata nak main bumper car itu. mungkin sebab bermain bumper car itu sesuatu yang menyeronokkan kot. kalau tak seronok, tak ada maknanya aku nak main. macam naik benda yang pusing-pusing yang selalu ada kat funfair(aku tak tau namanya apa). tak seronok langsung =.=''.

haih. zaman untuk aku berseronok hanya tinggal sebulan lagi. nampaknya aku harus kawal sedikit sikapku yang inginkan keseronokkan. bulan sembilan ini sudah terbang balik. alhamdullilah, degree nanti aku dapat course yang aku hendak.


jangan tanya kenapa aku tak pilih engineering sebagai pilihan pertama. aku pun tak tahu bagaimana mahu menerangkannya. pemilihan ini pun bukan aku main hentam keromo saje. berapa kali isi. dan padam. isi lagi, kemudian padam. terdetik juga nak pilih engineering sebab physic memang best. namun, setelah ditimbang bersama mama dan abah serta pandangan nabihah yang macam terkebil-kebil apabila aku kata aku nak letak electrical engineering sebagai pilihan pertama, akhirnya. inilah keputusannya. dan aku bersyukur sebab aku dapat course yang aku telah pilih.

kepada budak-budak unimas yang bakal engineer tu, janganlah lupakan aku. haha. tak adalah. harap kau orang berjaya dengan apa yang kau orang buat. kepada yang bukan bakal engineer pun aku ucapkan good luck. semoga apa yang kita impikan selama ini tercapai. :)

p/s : oh. sebab dah dapat tahu result, aku harus menghentikan keseronokkanku segera. banyak borang aneh yang menungu untuk diisi. nanti kena marah dengan abah, baru terhegeh-hegeh nak buat itu dan ini.

7 ulasan:

kay_are berkata...

best betul hidup camtu.. teringat zaman dulu2.. best r senang tido.. aku susah je.. huu.. ape pun tahniah!! selamat blaja rajin2 ye =) dan selamat pose gak

bella bella bella berkata...

tahniah dpt kursus yg diidamkan...mira terror IT jdi mmg ptt ambik IT...tak mcm kmi ni hah...hahha...suam2 kuku je..btw,,harap2 dpt jumpa lagi..

amii afandi berkata...

orang kata, mereka yang susah mahu tidur ni biasanya banyak memikirkan masalah. haha.

haha. terima kasih, selamat berpuasa juga :D

amii afandi berkata...

claudia, hahah tak la terror mana. cuma minat je nak menyelongkar. hehehe. woo, tahniah jugak. pasti jumpa lagilah, kolej kita kat sama. heheh, eh, awak sakura jugak?

bella bella bella berkata...

yup....hihihih......dpt jumpa kat Cais..:))

Dyah berkata...

oh, tahniah yer! :)
situasi kita same,knpe x amik engine(ad sbb2 tertentu)..tp akhirnya dpt jgk yg ad kne mengena dgnnya jugak..

amii afandi berkata...

:D ya, alhamdullilah dapat apa yang kita mahukan :)